- Tiada bajet untuk beli alat gendong?
- Belum sedia untuk membeli alat gendong yang mahal kerana bimbang bayi tidak sukakannya?
- Terbeli alat gendong tiruan dan bimbangkan keselamatan anak?
- Sudah miliki alat gendong tapi tidak selesa digunakan?
- Alat gendong tertinggal dan hanya ada kain batik lepas sahaja?
Jangan jadikan persoalan di atas halangan untuk menggendong anak.
Hanya menggunakan kain batik lepas, anda dapat gendong bayi dengan selesa dan selamat.
1. Dapatkan kain batik lepas (atau juga dipanggil dengan nama kain batik panjang)
- Kain batik lepas tidak sama dengan kain batik sarung.
- Kain batik sarung
- panjang 2meter, lebar 45 inci
- Biasanya dijual dalam keadaan sudah berjahit
- digunakan sebagai pelengkap pakaian wanita (skirt). sangat cantik jika dipadankan dengan kebaya pendek atau baju kurung kedah. Sinonim dengan tshirt dan boleh dikatakan ia adalah uniform surirumah :-)
- kain batik lepas
- panjang 2.3-2.5meter (kadang-kadang ada juga 3meter tapi sukar diperolehi). lebar 45 inci
- dijual dalam keadaan belum berjahit
- digunakan sebagai kerudung/tudung kepala/hijab, menutup jenazah, sapra (alas makan di lantai), gendong barang (bakul jamu/kayu api) dan gendong bayi
- Di zaman moden ini penggunaan kain batik sarong dan batik lepas agak terhad. jadi tidak hairanlah jika ramai yang keliru dengan jenis batik yang ada di pasaran.
- Berhati-hati dengan kain cotton bercorak batik yg banyak dijual di gedung fabrik. kualiti tidak sama kerana di gedung fabrik, ia adalah kain kapas yg dicetak dengan corak batik menggunakan mesin. jualan adalah secara meter. manakala batik sarong dan batik lepas adalah buatan tangan dan datang dalam ukuran tertentu dan telah dipotong dan dilipat siap.
- Dari mana nak dapatkannya kain batik lepas?
- cuba tanya ibu/nenek anda. biasanya mereka ada beli dan simpan dengan bannyaknya di dalam gobok :-)
- beli dari toko kedai menjual batik
- Jom Gendong ada jual batik lepas untuk memudahkan anda mendapatkannya dengan kadar segera. Percuma panduan gendong secara peribadi dengan setiap pembelian. Belajar sampai pandai :-) Harganya RM30/sehelai. tidak termasuk kos pos RM7. Cara untuk membeli
- Katalog stok kain batik lepas
- SMS/WA: 0183798897
- Emel : jomgendong@gmail.com
- PM : Facebook page Jom Gendong.
2. Lihat video ini untuk belajar ikatan dan cara gendong bayi
3. Lihat video ini jika rasa longgar di bahagian belakang badan bayi
4. Lihat video ini jika mahu tambah sokongan di bahagian leher bayi
5. Ramai yang tanya, kuat/tahan ke kain batik ni untuk gendong anak? Boleh guna sampai berapa kilo?
Jawapan mudah saya adalah, kain batik yg dihasilkan dengan tangan secara tradisional adalah kuat. gendong selagi badan larat. Kain yang dipakai dan dibasuh dengan kerap, akan mereput. itu sifat kain kapas. jadi selalu periksa jika kain masih sesuai digunakan. Guna kain baru jika perlu.