Tuesday, December 16, 2014

Part 1 : Babywearing Carnival vs EDD

Pada 6/12/2014 ada event besar yang saya nak sertai.
Buka gerai jualan dan klinik gendong.
Bimbang juga tak dapat sertai jika bersalin awal.
Jadi setiap hari saya berbisik pada baby supaya keluar selepas 6 Disember.
Tidak lupa juga berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.
Seronok dapat bantu ibubapa cari alat gendong yang sesuai untuk bayi mereka.
Seronok dapat bantu ibubapa gunakan alat gendong dengan cara yang betul
Seronok dapat jumpa kawan lama.
Seronok dapat jumpa kawan baru.

Punyalah seronok sehingga lupa makan, lupa minum dan lupa duduk.
Macam orang lupa diri. Inilah penangan semangat Jom Gendong. Wearing is Caring. Sharing is Caring.
Nasib baik ada en.suami yang bantu. Belikan makanan dan minuman. Serta ingatkan saya makan.
Nasib baik ada sahabat yang prihatin. Berikan kerusi dan minta saya duduk kerana terserlah keletihan walaupun cuba disembunyikan.

Antara orang yang paling lewat balik.
Ya, memang penat. Tapi puas.
Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.
Kini hanya menanti tanda kelahiran bayi tercinta.


Ramai juga sahabat yang bertanya bilakah saya akan bersalin sebenarnya.
Perut sudah sarat dan turun. Tapi tuan badan masih bertenaga.
Sejujurnya saya tak tahu bila. Hanya ada tarikh EDD yang diberi doktor sebagai panduan.
Tapi detik hati kuat berbisik akan bersalin lebih awal.
Kadang kala berseloroh juga dengan niat bergurau "esok lusa kot saya bersalin. hahahaha"
Dalam hati terus berdebar, eh betul ke lidahku yang bercakap tu. 
Boleh ke nak bersalin esok lusa ni. Sedangkan tubuh masih bersisa kepenatan?