Tuesday, December 2, 2014

Babywearing Carnival 2014

Setiap tahun ada diraikan amalan gendong seantarabanga.
INTERNATIONAL BABYWEARING WEEK 2014 (IBW2104)

Di Malaysia, ia diraikan oleh organisasi bukan kerajaan (non-profit organization) yang berdaftar dengan ROS. 
Organisasi itu adalah Persatuan Penggendong Bayi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Babywearers (MBW).

Sambutan IBW2014 kali ini diadakan untuk mempromosikan amalan gendong  yang betul, selesa dan selamat.
Jangan lupa LIKE facebook page MBW dan sertai facebook group MBW untuk dapatkan lebih banyak info berkaitan amalan gendong bayi (baywearing)


Karnival ini akan diadakan di West Boulevard Garden, One City Mall, USJ pada 6 Disember (Sabtu) jam 10pagi hingga 5 petang.
Anda semua dijemput hadir.


Berikut adalah agenda pada hari tersebut.
Selain dari membeli belah barangan keperluan ibu dan bayi, anda juga mendapat manfaat dari slot ceramah yang memperomosikan"natural/gentle/attachment parenting"

Tidak lupa juga ada peluang untuk menang hadiah melalui kuiz dan cabutan bertuah.


Ini peta ke lokasi karnival


Ruang yang luas dan selesa. Tidak panas sebab indoor dan ada kipas yang besar dan banyak.


JOM GENDONG ada buka gerai jualan menjual pelbagai jenis dan jenama alat gendongan bayi.
Diskaun istimewa menanti anda pada hari tersebut.

Jika anda keliru nak memilih alat gendong yang sesuai serta perlukan bantuan untuk "troubleshoot" cara pemakaian yang betul dan selamat, dapatkan bantuan dari saya pada hari tersebut ya. 
Sahabat saya, Puan Liza Yaakup juga ada bersama saya untuk sesi troubleshoot khas untuk pengguna alat gendong jenama SNUGGbaby.